Ayam Madu Masak Merah

Ayam Madu Masak Merah
(2 orang. Lunch + Dinner)
Sebenarnya ayam ini terhasil dari campak2 sahaja sukatannya. Kalau awak semua nak cuba pun boleh. Tapi saya tak dak sukatan yang jitu. Pandai-pandai korang la untuk guna bahan yang tertera seperti dibawah

Bahan kisar perlu ada bawang merah kecil & besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai... kira nie asas la dalam bab kita nak memasak..

Bahan tumis pula semestinya herba-herba yang menaikkan aroma masakan. Kalau korang tak tau apa itu bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan sebagainya.... awak semua bolehlah bertanya kepada MR/MISS/MRS GOOGLE... hehehe...

Resepi yang terhasilpun hasil olahan dari tuttttttttttt la....

layan je resepi saya....

Bahan tumis
1 Bunga lawang
1 Bunga cengkih
1 Buah pelaga
1 kulit kayu manis (saya guna sedikit je...siap belah lagi kulit kayu manis nie....)

p/s : tang bab herba nie.... jangan lah awak semua terlebih guna.... kang saya tak dapat jamin rasanya...

Bahan kisar
3 ulas bawang merah halus
1ulas bawang putih
Bawang besar yang sedang2
1/2 inci halia
1biji buah tomato yg sedang
cili kering saya mesin siap... so time masak ikut suka la nak taruk banyak mana

lengkuas saya tak taruk... susah beno nak cari lengkuas kat bandar nie... so guna je bahan yang kita ada
sebatang serai yang dihiris halus... (ketuk pun boleh) tapi saje... nak tengok kuah macam pekat + berpalut

Semestinya ayam tak dilupakan....

Cara-cara masak.
1.Ayam goreng sedang-sedang. Kemudian asing la...
2. Tumis bahan herba naik bau.
3. Kemudian masukkan bahan kisar. Masak sampai semasak-masaknya
4. Kemudian korang masukkalah macam sos tiram.... sos tomato....sos cili....
5. Kemudian lagi kau orang masukkan ayam... masak semasaknya...
6. Jangan lupa plak taruk la garam + gula secukup rasa yang sedap di hujung lidah anda.
7. Sebab ini ayam madu.... jangan lupa letak madu... kalau lupa letak x jadi la ayam madu.hehhee
8. Hiaslah ikut kreativiti kamu sendiri... yg hijau atas ayam tue... daun sup/daun ketumbar

### sebenarnya anda boleh hias macam lauk pengantin... taruk bawang bulat....taruk cili merah besar.... taruk semacam taruk lah... tak salah sekali sekala nak mencantikkan makanan yang nak makan...

Selamat menjamu selera...

=================================================================

Kalau berminat dapatkan produk Kesihatan serta info produk jangan segan untuk bertanya.  di 0195293442. Garlic sangat bagus tembak lembak