Mineral Coffee menggunakan biji kopi jenis Robusta yang berkualiti tinggi diimport dari Vietnam. Vietnam adalah pengeluar terbesar dunia kopi Robusta dan kedua terbesar selepas Brazil pengeluar kopi dunia. Kopi Robusta adalah diantara beberapa jenis kopi terkenal seperti kopi Arabica dan Liberica. Kopi Robusta lebih diminati kerana aromanya yang lebih harum dan rasanya yang lebih pekat.
Selain itu, kopi Robusta mengandungi sejenis protin dipanggil 'chlorogenic acid' yang bersifat anti-obesiti dan dapat mengurangkan penyerapan gula dalam darah. Kopi Robusta juga mengandungi kandungan kafein yang lebih tinggi berbanding kopi jenis lain, dan sudah pastinya ia akan memberi tenaga dan kecergasan mental yang maksimum untuk memulakan hari anda.
Ramuan kedua yang menjadi rahsia kebaikan Mineral Coffee ini adalah Garam Buluh. Garam Buluh Hai-O yang diimport oleh Syarikat KAEAM Trading dari Korea Selatan sangat popular dengan keaslian dan kandungan khasiat yang tinggi. Garam Buluh ini sebenarnya sudah lama dimakan oleh masyarakat Korea sejak 1300 tahun dahulu sebagai ramuan dalam perubatan purba.
Cara pembuatan Garam Buluh adalah 100% organik dan bebas daripada sebarang bahan kimia dan logam berbahaya. Kini Garam Buluh diadun bersama menghasilkan Mineral Coffee yang penuh kenikmatan dan kemewahan kopi sebenar.