Homemade Sos Char Kueh Tiaw


Bahan Kuah CKT 1.5l-2liter

Gambar 1. 
Anggaran 7 ulas Bawang putih (tumbuk @ mesin boleh). 1 Kiub pati ikan bilis. 1/2 kiub pati ayam. Anggaran kicap manis (1/2 cawan)+ kicap mee (3sd besar) + sos tiram (1/2 cawan) + sos cili (1/2 cawan).

Gambar 2 & 3
Air rebusan kulit udang (kulit rebus dgn 2 cawan air. Untuk keluarkan manisan udang. Anggaran kulit udang ikut sukalah). Kemudian mesin kulit udang dan WAJIB TAPIS.

Gambar 4
Bahan gambar 1 dan air rebusan udang yang ditapis. Masak atas api hingga mendidih.

Dah sejuk simpan dalam botol dan simpan dlm peti sejuk. Nak masak baru ambil.

👉 Masak kita kreatif sahaja. Nama je Sos CKT. Tapi nak goreng Kueh Tiaw biasa boleh, mee goreng boleh, bihun goreng boleh, shell out pun boleh. Kita 'kahwinkan' dgn bahan2 lain di dapur. Contoh lebihkan cili ke, lebihkan lada ke. Nak tambah sos plum ke. Ikut suka hatilah asal memenuhi citarasa masing2.

>>>>>>> Bila nak masak dihujung proses memasaj kita rasalah nak manis ke, masin ke, masam ke. Resepi buat CKT ke entry post seterusnya.