Cara Masak Char Kuih Tiaw (masa penyediaan 5 minit)


Sos CKT ni macam2 boleh cuba-cuba. Nak macam CKT lebihkan kuah. Nak goreng basah2 biasa2 kurangkan kuah. Mee pun boleh. Bihun pun boleh. Jimat masa itu yang Bazz suka. 

Untuk 1 pinggan Dewasa

Gambar 1 ( Minyak 1 sudu besar) +
Gambar 2 (1 sudu besar Cili mesin). Tumis naik bau. Bazz memang buat ibu sambal. Jadi lagi jimat masa. Hihi. 
Gambar 3 (Naik bau masuk udang)
Gambar 4 ( Tiada. Tambahkan 250 ml @ 1 cawan sos homemade CKT. Kuatkan api + telur sebiji. kacau segera. Jangan bagi telur ni masak sangat. Setengah orang suka telur pecah rata. ada orang suka telur letak kemudian. ikut sukalah kannn) + Kucai. Kacau
Gambar 5 (masukkan Kuih Tiaw anggaran sorang makan.)

Gambar 6 (Letak taugeh. Tutup api. Dah siap. Kalau rasa kurang gula ke, lada ke, garam ke, letaklah)

Gambar 7 ( Bazz buat kuih tiaw goreng biasa je tanpa telur)