Resepi Fillet Ikan Todak Di siram Sos Manggo

Untuk gambar ikan todak. Sumber google



Mesti pada fikiran orang2, apa jenis ikan aku telan. Selagi halal makanlah. Syaratnya jangan hanyir memang aku muntah. Tobat nak makan dah. Aku kalau nak masak akan tanya hubby aku dulu masak ini ok ke tak @ kot dia nak makan masak lain.

Kisahnya aku beli ikan todak ni di pasar borong Chow Kit. Tapi masa beli idoklah aku candid gambar. Tangan penuh. Aku tengok ramai orang beli jadi aku tanyalah kat tukang juai & pelanggan kat situ. Buat pa nak malu. Nanti dok teringat. Tak rugi pun aku tanya ikan ni sedap ke? Banyak tulang tak? Hanyir tak? Ada mak cik baik hati cerita A-Z tentang isi ikan todak ni. Yang penting tulang lurus dari kepala sampai ekor. Masak kari, bakar pun sedap kata mak cik tu. Maka aku pun belilah seekor. Aku suruh tukang juai ikan siangkan ikan todak aku. 

Asalnya aku cadang nak masak kari je. Teringat plak perut hubby aku sangat sensitif kesan tragedi lalu. Doktor pun ada pesan bulan puasa hindarilah kari-kari terutama kari mamak. Perut dia memang sensitif. Cherry berry. Tak dapat dipisahkan. Hihi. Alhamdulillah bila kari style aku @ mak aku masak @ MIL masak perut hubby aku sihat sahaja. Aku bagi tahu hubby yang aku tak jadi buat kari. Nak buat Fillet Ikan Todak Goreng Tepung bersama Sos Manggo Plum macam masakan hotel penangan #MajlisMMRviaProjekSTG. Sebab tu lah semalam menu iftar kami dua orang bajet hotel 10 bintang. Panjang cerita aku ye... hihi...



Bahan Perapan Ikan
Ikan dibuang tulang. Cuci bersih. Hilang hanyir aku cuci dengan air asam jawa & tepung. Biar seketika kemudian aku toskan
Tabur lada hitam serbuk + garam sikit.
(Biar 10 min pun dah ok)

Bahan Bancuh Tepung
Macam buat cucur kosong je. Hihi.. Guna barang yang ada.
1biji telur
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras/tepung jagung.
Garam sikit je (sebab dalam ikan dah ada garam)
Kunyit sikit bagi warna ikan cantik bila masak.
Air ikut cair/pekat (nak celup ikan kira melekat)


Goreng dengan minyak
Celup ikan dalam tepung dan goreng sampai kuning keemasan. Api gas jangan kuat sangat. Nanti tak masak isi ikan dalam kulit tepung dah rentung. Goreng Sampai siap. Hihi macam cucur nampak.


Kerabu Mangga Tabur atas Fillet Ikan
1/2 biji mangga di parut
1/2 batang carrot di parut
Cili Melaka di cincang halus
Bawang di potong halus
Cili Besar merah + hijau di potong
Garam sikit
Gula sikit. Kalau ada gula somptam pun boleh guna. 


Sos Siram ikan
3 ulas bawang putih cincang, tumis sikit minyak sampai naik bau wangi.
Masukkan 1-2 sudu besar cili mesin. Tumis sampai pecah minyak. Tambah la sos tiram 1 sudu + 1 sudu Sos Plum * kalau tiada guna je oren sanquit. Semalam Sos Plum tiada jadi guna oren sanquit sesudu besar + Sos Cili Sikit + Gula sikit + Garam Sikit + air perahan limau/lemon. Air sedikit. Sos nak kosong boleh. Nak letak sayur cincang pun boleh. Nak makan untuk perut sendiri bukan ada orang bising pun.

Sebab bulan Ramadhan kan, 10 min nak berbuka kita taburlah kerabu mangga atas fillet ikan todak. Siram dengan Sos cicah Ikan.



Makan pun ada selera. Masak ni kreatif je. Asal cukup rasa. Tak sakit perut dah syukur alhamdulillah. Terjamin kebersihan. Masak kerana Dia untuk keluarga. Meratah tengok hubby makan fillet ikan todak.

==================================================================

Pilihan supplement boleh baca info.