Garam komersil dihasilkan secara kimia dan menjejaskan kesihatan.
Garam yang dimakan oleh nenek moyang kita suatu masa dahulu adalah berbeza dengan garam yang dapati di pasaraya atau kedai runcit. Dahulu, garam dihasilkan secara semulajadi dengan membiarkan air laut yang bersih tersejat di bawah panas matahari. Garam yang diperolehi ini mengandungi pelbagai mineral lain selain Natrium Klorida.
Manakala garam zaman sekarang dihasilkan secara elektrolisis yang menyingkirkan semua kotoran dan bendasing, termasuklah mineral berkhasiat. Tinggal hanyalah Natrium Klorida (99.8%) dan klorin. Inilah garam komersil yang dihasilkan dengan banyak, cepat dan murah. Maka, tidak hairanlah ia dikenali sebagai garam bernatrium tinggi yang tidak sihat.
Garam tersebut merupakan pembunuh tersembunyi di dalam makanan anda! Pengambilan garam bernatrium tinggi ini secara berlebihan akan mengundang pelbagai penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi, strok, serangan jantung serta kerosakan buah pinggang. Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan jumlah maksima pengambilan garam bernatrium tinggi adalah 2400mg sehari untuk mengelak daripada dihinggapi penyakit tersebut.
***Meskipun FAKTA kajian menunjukkan GARAM KOMERSIAL TIDAK SIHAT, berbalik kepada FITRAH keupayaan KEWANGAN masing-masing, pandai-pandailah kita menguruskan cara masakan kita. Ya! SETIAP PENYAKIT itu, adalah UJIAN dari ALLAH s.w.t. Sebagai MANUSIA, kita hanya IKHTIAR segala PRODUK YANG ADA di PASARAN & JANGAN PERNAH LUPA BERDOA memohon KESEMBUHAN dari ALLAH s.w.t. Yang Maha Menyembuhkan itu adalah Allah s.w.t & setiap produk itu adalah asbab menjadi kesembuhan..